Penulis Misa Melayu

Misa Melayu ditulis di istana oleh seorang pujangga istana bernama Raja Chulan. Nama penuhnya ialah Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang diPertuan Muda Sultan Mansur Syah bergelar Marhum Pulau Juar, Kampung Gajah, Perak.[3]

Raja Chulan mengarang Misa Melayu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain dan selesai ditulis pada 1908 masihi di Mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, Perak. Mukim Bandar terletak di tebing kiri Sungai Perak, kira-kira 7 km dari Kampung Gajah, Perak.

Raja Chulan dianggarkan hidup sekitar 1720–1786 masihi. Datuknya Sultan Mansur Syah menjadi salah seorang Yang Dipertuan Muda Perak atau terkenal dengan nama Marhum Pulau Tiga. Sultan Mansur Syah ialah anak Sultan Mudzaffar Shah II iaitu Sultan Perak ke-10 (memerintah 1636–1653). Pada zaman Sultan Mudzaffar Shah III (1728–1752), Raja Chulan telah dianugerahi gelaran Raja Kecil Besar pada tahun 1752. Apabila Sultan Mudzaffar Shah III mangkat pada tahun 1752, baginda telah diganti oleh Sultan Iskandar Zulkarnain, iaitu Sultan Perak ke-15 (1752–1765). Apabila Sultan Iskandar Zulkarnain mangkat pada tahun 1765, Raja Kemas yang bergelar Raja Muda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak (1765–1773).

Raja Chulan yang bergelar Raja Kecil Besar dinaikkan pangkat menjadi Raja Bendahara Perak. Raja Chulan berkhidmat dengan 9 orang sultan.[4] Raja Chulan akhirnya menjadi Raja Muda Perak pada 1773 dan mangkat pada 10 Februari 1787.

(Untuk mengelakkan kekeliruan, Raja Chulan yang disebut di atas merupakan orang yang berlainan dengan Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah.)

Rujukan

WikiPedia: Misa Melayu http://books.google.com.my/books?id=2bE6AAAAMAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=3-9FcgBHNAMC&p... http://books.google.com.my/books?id=O6FkAAAAMAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=dtNx3QcEg_cC&p... http://books.google.com.my/books?id=gjoWAAAAIAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=yIv3AwAAQBAJ&p... http://books.google.com.my/books?id=yIv3AwAAQBAJ&p... http://melayu.library.uitm.edu.my/1963/ http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgi-...